Pertolongan Cemas

-Bismillah-

Anduh

Terdapat 5 jenis balutan anduh:
-Anduh lengan
-Anduh kepala
-Anduh lutut/siku
-Anduh pergelangan tangan
-Anduh tapak kaki


kesemua balutan-balutan diatas hendaklah menggunakan ikatan buku sila :



ANDUH LENGAN.

-Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera .
-Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
-Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.



ANDUH LUTUT.

-Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di atas lutut yang tercedera .
-Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah) .
-Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas .



ANDUH KEPALA.

-Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala .
-Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian dibawa ke dahi dan diikat buku sila .
-Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas .



ANDUH PERGELANGAN TANGAN/TAPAK KAKI.

-Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di bawah. 1 .)
-Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di bawah)
-Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang ditunjukkan di gambarajah di bawah.
-Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki yang mesti di balut .



No comments:

Post a Comment

Tags

Masyab 2011

Pengerusi Masyab 2011,
Amirul Izzat Ishak


Timbalan Pengerusi Masyab 2011,
Aqila Dashuki